ARKIB

KATEGORI

Info

Lima perkara yang membuatkan ‘Cik City’ baharu lebih padu!

Info

Views

Honda City yang telah dilancarkan bulan lalu telah berjaya memukau para penggemar model sedan segmen-B dengan gaya yang lebih dinamik. Generasi ke-5 model ini ditawarkan dalam empat pilihan varian dan Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan varian RS e:HEV.

Untuk pengetahuan, sejak diperkenalkan pada tahun 2002, model City telah menjadi model paling laris bagi Honda Malaysia dan menerajui segmen-B selama 5 tahun berturut-turut dengan jualan lebih 209,000 unit! Sebanyak 5,000 unit tempahan untuk model City baharu telah berjaya dikumpul semasa hari pelancarannya dan sudah pastinya ia semakin meningkat hari ke hari.

Dengan harga bermula RM74,191.27 (selepas pengecualian cukai jualan) pasti ia model yang bakal digilai dan kami senaraikan lima perkara yang membuatkan kami rasa ‘Cik City’ baharu lebih padu!

‘Body’ yang lebih mantap

Sememangnya ini adalah cinta pandang pertama si pembeli pada model ini. Pendek kata rupa paras ‘Cik City’ cukup menawan dengan gaya ala Eropah, tidak tipikal seperti kereta Jepun pada model sebelum ini. Antara elemen rekaan moden pada model ini mampu memikat pembeli, antaranya lampu dan depan belakang jenis LED serta bentuk badan yang lebih sporty terutama sekali pada varian RS e:HEV. Ini sudah pasti ‘menggetarkan tulang rusuk’ para peminat jenama “H” yang pasti tidak sabar untuk menunggu ketibaannya awal tahun depan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Enjin yang lebih ‘power

Kedukaan peminat di Malaysia yang tidak mendapat versi dengan 1.0 liter tiga-silinder VTEC Turbo seperti di Thailand terubat dengan adanya varian RS e:HEV. Ia dijana oleh rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 108PS dan 253Nm daya kilas, paling tinggi dalam kelasnya. Memang ‘power‘ beb!

Enjin ini dipadankan dengan transmisi e-CVT yang memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setanding dengan daya kilas enjin aspirasi normal model segmen-D. Varian S, E dan V tidak kurang hebatnya kerana dijana dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Gandingan ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121PS, yang juga paling tinggi dalam kelasnya dengan daya kilas maksimum 145Nm.

Kabin lebih ‘luas dan selesa’

Dari segi dimensi, generasi ke-5 City kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding model sebelumnya. Ia menjadikan ruang kabin City lebih selesa dan lapang. Ruang kaki penumpang belakang kini telah dipanjangkan dan corong pendingin hawa belakang kini hadir sebagai ciri standard pada semua varian.

Ini yang rakyat Malaysia paling suka, ruang but yang luas. Untuk semua varian kecuali RS, ia mampu menyumbatkan barangan sebanyak 519 liter, yang paling besar dalam kelasnya. Takkan tak cukup besar lagi kot? Kalau tak cukup juga kami sarankan anda beli trak pikap lah ye!

Teknologi dan ciri-ciri yang lebih ‘canggih’

Bermacam-macam teknologi canggih telah dilengkapkan pada model City serba baharu. Antara ciri yang kami suka adalah penghidup enjin kawalan jauh yang ada pada varian RS, V dan E. Boleh hidupkan enjin dan sejukkan kabin kereta dari luar je bro! Selain itu brek parkir elektronik pada varian RS menjadikan ruang dalaman lebih kemas tanpa tuil brek tangan.

City merupakan model yang pertama dalam segmen-B yang memperkenalkan ciri-ciri ini. Selain itu varian E, V dan RS e:HEV pula dilengkapi paparan audio berukuran 8-inci yang menyokong Apple CarPlay™ dan Android Auto™. Ini baru betul!

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Teknologi keselamatan yang lebih ‘lengkap’

Ini perkara yang kami tidak perlu sangkal lagi. Sejak generasi terdahulu City menjadi penanda aras dalam teknologi keselamatan dan kali ini varian V dan RS e:HEV menampilkan ciri Honda LaneWatch, manakala varian City RS e:HEV pula dilengkapi dengan Honda SENSING yang menawarkan sistem bantuan keselamatan pemandu seperti berikut:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong
  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Lampu Tinggi Auto

Selain itu, varian V dan RS e:HEV akan dilengkapi dengan enam beg udara, manakala ciri-ciri keselamatan standard yang lain termasuk Bantuan Kestabilan Kenderaan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, ISOFIX di tempat duduk belakang dan Amaran Tali Pinggang Keledar Belakang Baharu.

Sensor Parkir Belakang bersama Kamera Belakang Pelbagai Sudut akan ditawarkan pada varian E, V dan RS e:HEV. Sementara itu, varian RS e:HEV juga dilengkapi ciri Brek Pegun Automatik di mana kedudukan pegun kenderaan dikekalkan dengan hanya perlu menekan satu butang.

Kami dah ‘racun’ ni, takkan tak teringin kot nak membeli ‘Cik City’ baharu? Apapun, tepuklah poket, tanyalah dompet!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply