ARKIB

KATEGORI

Buletin

Reka bentuk Perodua Alza terima pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Perodua menerusi satu hantaran ringkas mengumumkan kejayaan model MPV tujuh-tempat duduk Alza serba baharu yang telah menerima anugerah Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022.

Anugerah berprestij untuk reka bentuk industri itu anjurkan oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM), sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Perodua, pencapaian kali ini lebih signifikan kerana syarikat itu merupakan satu-satunya jenama automotif yang menerima anugerah itu pada edisi kali ini.

Pengiktirafan ini juga mencerminkan komitmen Perodua untuk menyampaikan produk yang inovatif dengan rekaan yang baik kepada pelanggan mereka. Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Agung MITI Datuk Seri Isham Ishak.

Pada majlis itu juga, turut berlangsung penyampaian anugerah Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022 kepada para pemenang yang lain dan sijil Pereka Perindustrian Bertauliah (Certified Industrial Designer – CIDe).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Alza serba baharu dilancarkan pada Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (mercu). Ia dijual pada harga bermula dari RM62,500 hingga RM75,500.

Model ini  dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.

Ia turut menerima  penarafan 5-Bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan jumlah skor keseluruhan 81.64 mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply