ARKIB

KATEGORI

Info

Selamat hari lahir ke-37 Proton Saga! Ini 9 fakta menarik yang wajib anda tahu mengenainya

Berita Tempatan

Views

9 Julai adalah hari lahir kereta pertama Malaysia, Proton Saga. Model legenda ini masih meneruskan tugasnya dengan berkhidmat untuk beribu ribu pemandu di Malaysia dan luar negara.

Dengan sejarah yang begitu panjang dan mendalam, terdapat banyak fakta tentang lagenda Proton yang mungkin anda tidak tahu dan sempena hari lahirnya pada 9 Julai.

Berikut adalah sembilan fakta menarik tentang Proton Saga:

  • Kita semua tahu Saga telah dilancarkan pada 9 Julai 1985. Namun, tidak ramai yang tahu tarikh itu dipilih sempena hari lahir Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut merupakan pengasas Proton.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

  • Nama Saga telah dipilih daripada satu pertandingan iaitu “Peraduan Menamakan Kereta Kebangsaan” yang menerima 102,823 penyertaan. Walaupun nama Saga diambil daripada biji merah keras pokok Saga, ia juga merupakan akronim untuk Safety, Achievement, Greatness, dan Ability.
  • 36 prototaip telah direka sebelum Saga pertama diluluskan oleh Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada tahun 1984.
  • 1.95 juta unit Saga telah dijual sejak 1985, menjadikannya kereta terlaris dalam sejarah automotif Malaysia.
  • Jika kesemua 1.95 juta unit Saga yang terjual disusun secara sebaris, rantaian itu akan menempuh jarak lebih 8,000km, hampir sama dengan jarak antara Malaysia dan Ukraine.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

  • Ia telah dieksport ke 28 buah negara di seluruh dunia. Bangladesh merupakan pasaran eksport pertama pada tahun 1986, diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1989.
  • Saga ialah model eksport Proton yang paling popular dengan lebih 59,000 unit terjual.
  • Model ‘sedan marhaen’ ini telah meraih lebih 22 anugerah daripada pelbagai saluran media sejak 1988. Ia juga terlibat dalam sukan permotoran sejurus selepas ia dilancarkan. Kejayaan terbarunya ialah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan 1000km Sepang 2019 yang dimenangi oleh Iriz yang turut dikendalikan oleh bahagian permotoran Proton iaitu R3.
  • Sebuah Saga berwarna merah adalah kereta rasmi pertama yang dipandu di atas Jambatan Pulau Pinang. Pemandu kereta itu ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selamat hari lahir ke-37, Proton Saga!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply