ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carsome lancar fasiliti baik pulih kereta yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara

Berita Tempatan

Views
Carsome | Introducing Carsome Certified Lab

Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Carsome telah melancarkan Carsome Certified Lab, kemudahan membaik pulih kereta yang terbesar di rantau ini.

Fasiliti dengan keluasan lebih daripada 185,000 kaki persegi ini menawarkan kemudahan tercanggih untuk membaik pulih kereta terpakai menjadi seperti sebuah kereta baharu.

Ia juga mampu membaik pulih sehingga 2,000 buah kereta Carsome Certified setiap bulan, pada skala yang belum pernah dicapai di seluruh Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Certified, Mei Han, Carsome Certified Lab memainkan peranan penting dalam menyokong usaha syarikat untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna.

Jelasnya, Carsome Certified diwujudkan untuk memberi para pengguna pilihan kereta terpakai yang lebih berkualiti.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Semua kereta-kereta ini telah melalui proses baik pulih bertaraf dunia di Carsome Certified Lab supaya para pelanggan dapat mencari kereta impian mereka daripada pilihan berkualiti tinggi yang terbaik dan terbesar.

Carsome juga memastikan setiap kereta Carsome Certified dijamin lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas dari kemalangan dan juga kerosakan kerangka, kebakaran dan banjir.

Sebahagian besar daripada pelaburan dibelanjakan untuk pembaikan mekanikal dan am, badan dan cat serta perincian kereta.

Kerja-kerja membaik pulih di sini meliputi setiap bahagian kereta termasuk dalaman, luaran, enjin, transmisi, suspensi, stereng, serta bahagian elektrik dan elektronik.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Setiap proses dilakukan oleh pakar teknikal yang mahir dan berpengalaman serta mematuhi piawaian keselamatan global.

Carsome merancang untuk membuka lebih banyak Carsome Certified Lab dalam tempoh 12 bulan akan datang di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Ketika ini, Carsome menyenaraikan lebih daripada 1,000 buah kereta di laman webnya, dan menawarkan pengalaman digital yang mudah kepada pengguna yang ingin membeli kereta berkualiti.

Pengguna boleh memilih kereta secara dalam talian dengan paparan 360 darjah, membeli kereta pilihan dengan proses kertas kerja yang minimum dan perkhidmatan penghantaran kenderaan terus ke rumah mereka.

Semua kereta Carsome Certified disertakan dengan Janji Carsome untuk memastikan bahawa kereta tersebut dijamin lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti, dilindungi oleh waranti selama setahun, dengan jaminan wang dikembalikan 5 hari dan tanpa caj atau bayaran tersembunyi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply