ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori terbalik cetus pesta kutip beras

Berita Tempatan

Views

Pagi tular video yang memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan beras di persimpangan lampu isyarat KM 2 Jalan Senai – Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Menurut Sinar Harian, lori tersebut dipecayai dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas namun pemandu bersama dua kelindan lelaki lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Ketua Polis Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori dari arah Seelong ke Pekan Senai hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kereta yang sedang menurunkan penumpang. Jelasnya, kejadian itu mengakibatkan lori berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di tengah laluan ke arah Pekan Senai.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Tambah beliau, kemalangan bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain dan operasi mengalihkan lori itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor. Tambahnya, beberapa anggota polis turut ditugaskan di lokasi bagi mengawal aliran trafik sementara kerja-kerja pembersihan jalan dan mengalihkan lori dijalankan pihak bomba.

Gelagat orang ramai di kawasan itu mengambil bungkusan beras dari lori berkenaan tular di media sosial dan menurut info warganet, pemilik lori mengizinkan mereka untuk mengambil beras kerana muatan tersebut telah dilindungi insurans.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Community Roda Johor – CRJ

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply