ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Macam bom atom’ – Letupan kuat gegar Beirut, 73 orang terbunuh ribuan lagi cedera

Berita Global

Views

Dua letupan kuat gegarkan Beirut dan sekurang-kurangnya 73 orang dikhuatiri terbunuh manakala 3,700 orang lagi cedera menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, semalam. Sinar Harian melaporkan, letupan itu turut menyebabkan beberapa buah bangunan bergoyang dan kepulan asap menjulang ke langit.

Stesen televisyen LBC pada awalnya memetik Menteri Kesihatan, Hamad Hasan sebagai berkata, letupan di tengah Beirut itu telah menyebabkan ramai orang cedera dan berlaku kerosakan yang besar. Media-media Lubnan turut menyiarkan imej mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dengan sebahagiannya berlumuran darah.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Letupan didakwa berpunca dari 2,750 tan baja ammonia nitrat yang disimpan selama bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan berkenaan. Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 73 orang.

Menurut Berita Harian, Ketua Keselamatan Awam Lubnan, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu. Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk manakala Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan penghantaran bantuan.

Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas. Ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply