ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat jualan tertinggi pada bulan Julai – Empat model terajui segmen masing-masing

Berita Tempatan

Views

Proton tidak ketinggalan menerima tempias peningkatan jualan kenderaannya sejak insentif jualan tanpa cukai diperkenalkan yang telah mendorong kenaikan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) tertinggi dalam tempoh 13 bulan. Jenama kereta nasional pertama itu telah menyumbang sekitar 63.2 peratus jumlah jualan pada bulan ini.

Pencapaian bulan Julai merupakan yang terbaik bagi tahun 2020 setakat ini dengan jualan sebanyak 13,216 unit, sekaligus mengatasi jumlah jualan bulanan tertinggi sejak Jun 2012. Empat model telah menerajui segmen masing-masing pada bulan Julai dengan peningkatan sebanyak 37.3 peratus (13,216 vs 9,623) berbanding Jun 2020 dan 45.7 peratus (13,216 vs 9,072) berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Proton meramalkan pegangan pasaran sebanyak 21.8 peratus, pertumbuhan 6.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sejak awal tahun (YTD) sehingga Julai 2020. Jurang jumlah jualan berbanding 2019 menurun menjadi hanya 4.2 peratus (50,294 vs 52,499), dan ia lebih rendah berbanding jurang jangkaan TIV keseluruhan pada tempoh yang sama, iaitu pada 33 peratus (230,929 vs 347,177).

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Salah satu daripada empat model yang menerajui segmen masing-masing pada bulan Julai adalah Saga sebanyak 5,421 unit. Ini termasuklah 1,100 unit Saga Anniversary Edition yang habis ditempah dalam hanya lima hari selepas ia dilancarkan pada 9 Julai yang lalu. Jumlah ini juga merupakan tertinggi yang dicatatkan oleh model itu sejak April 2014.

Selain itu, X70 turut menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan jualan sebanyak 3,087 unit. Model ini kekal menjadi SUV terlaris di Malaysia dengan peningkatan pegangan pasaran sebanyak 25.6 peratus iaitu 4.3 peratus lebih tinggi berbanding 2019. Dua lagi model terlaris Proton adalah Persona dan Exora.

Sebanyak 3,043 unit Persona telah berjaya dijual pada bulan Julai, sekali gus mengukuhkan kedudukan teratasnya bagi sedan segmen B. Exora pula telah terjual sebanyak 792 unit yang merupakan jumlah jualan terbaik sejak Ogos 2016.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

MenurutKetua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, jualan syarikat pada bulan Julai 2020 merupakan yang terbaik dalam tempoh lebih lapan tahun. Tambahnya, terdapat kesan positif dalam aspek perniagaan lain yang turut membantu dalam peningkatan jualan, antaranya Proton Commerce yang mencatat peningkatan jumlah pinjaman sebanyak 100 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Kata beliau lagi, Proton akan terus berusaha memberi tawaran menarik kepada pasaran dan merangsang jualan sebagai persiapan untuk memperkenalkan lebih banyak model pada akhir tahun ini. Bahagian pengeluaran, kualiti, jualan dan selepas jualan kini sedang bertungkus-lumus dalam memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi serta memberikan tahap perkhidmatan pelanggan yang bersesuaian seperti yang telah ditetapkan,

Julai 2020 – Prestasi setiap model

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply