ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mahindra Thar.e buat debut sulung sempena acara Futurescape di Cape Town

Berita Global

Views

Mahindra Electric Automobiles Limited (MEAL) anak syarikat Mahindra & Mahindra dari India memperkenalkan model konsep kenderaan elektrik (EV), Thar.e bersempena dengan acara Futurescape di Cape Town, Afrika Selatan.

Versi elektrik ini tidak akan dibina berasaskan casis kerangka-tangga seperti model semasa Thar, tetapi ia akan menggunakan pelantar INGLO (INdia GLObal) yang diubahsuai, dikenali sebagai P1.

Pelantar INGLO juga menjadi asas kepada lima lagi model SUV elektrik Mahindra dan ia turut digelar sebagai pelantar papan selaju (skateboard) dengan bateri yang rata di antara kedua-dua rodanya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Casis ini adalah modular dan boleh diubah panjang, jarak antara gandar roda serta ketinggian. Dikatakan Thar.e mempunyai jarak antara gandar roda antara 2,775mm dan 2,975mm, manakala jarak lega tanahnya pula sekitar 300 mm.

Tidak seperti model sebelumnya seperti XUV.e8, Thar.e bakal menggunakan motor elektrik lebih berkuasa dari Volkswagen, manakala pek baterinya pula berkapasiti 60kWj dengan jarak pemanduan sekitar 325km (kitaran WLTP).

Menurut Ketua Pegawai Reka Bentuk, Mahindra & Mahindra Ltd, Pratap Bose, model konsep ini menampilkan identiti reka bentuk luaran yang unik dengan gabungan elemen bentuk geometrik. Apa yang penting, rekaan ini adalah tulen dan tidak lagi meniru jenama lain.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Rekaan dalamannya pula menggabungkan ciri minimalis dengan fungsi, selain memfokuskan pada keperluan pemanduan off-road. Antara keunikannya adalah skrin tengah yang boleh berputar, pemegang pintu yang teguh dan susun atur papan pemuka yang kemas.

Selain itu, ia kemasan dalamannya turut menitik beratkan penggunaan bahan mampan, sebagai contoh fabrik yang diperbuat daripada 50 peratus PET yang dikitar semula dan plastik kitar semula yang tidak bersalut.

Buat masa ini Mahindra masih lagi berahsia mengenai bilakah tarikh pelancaran Thar.e, namun beberapa portal permotoran di India meramalkan fasa pengeluarannya dijangka bermula seawal tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sirish Chandran dan Acko Drive

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply