ARKIB

KATEGORI

Buletin

10 kenderaan rosak dihempap struktur bumbung bangunan runtuh

Berita Tempatan

Views

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk apabila struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, runtuh malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, sebaik dimaklumkan orang awam mengenai kejadian ini, pihak polis mengambil langkah mengepung dan menutup keseluruhan kawasan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada masa sama JBPM yang melakukan pemeriksaan di setiap tingkat mendapati tiada mangsa terbabit.

Amihizam berkata, pada masa ini pihak polis dan bomba mengambil langkah menutup bangunan berkenaan daripada sebarang aktiviti sehinggalah pihak berkuasa berkaitan mengesahkan bangunan benar-benar selamat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Beliau turut meminta orang ramai untuk menjauhi lokasi kejadian ini selain tidak membuat sebarang spekulasi.

Pada masa ini pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian memandangkan ia berlaku ketika cuaca baik dan tidak hujan.

Dua pegawai dan 10 anggota polis Brickfields serta dua pegawai dan 17 anggota JBPM, selain anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terbabit dalam operasi susulan kejadian ini. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mo Syazmi

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply