ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia dan Singapura setuju sambung semula perbincangan projek kereta api laju

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan kerajaan Malaysia dan Singapura telah bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura (HSR) dalam masa terdekat. Kelmarin, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan memaklumkan perbincangan itu akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

Menurutnya, keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai HSR sehingga 31 Dis 2020. Kata Mohamed Azmin, beliau telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Sebelum ini pada 5 Sept, 2018, kedua-dua kerajaan telah bersetuju untuk menggantung pembinaan projek dua hala itu sehingga 31 Mei, 2020 bagi mencari cara terbaik untuk meneruskan projek tersebut. Kerajaan Malaysia telah menyemak semula projek itu dengan MyHSR Corp untuk mengenal pasti pilihan pengurangan kos seperti mengkaji semula dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.

Sementara itu, sebagai reaksi kepada kenyataan tersebut, Kementerian Pengangkutan Singapura mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia telah memaklumkan kepada republik berkenaan bahawa ia mahu mencadangkan beberapa perubahan kepada projek HSR dan meminta lanjutan tujuh bulan bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan cadangan Malaysia itu.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Atas semangat kerjasama dua hala, kementerian itu berkata Singapura bersetuju kepada “lanjutan akhir” penggantungan Projek HSR bagi tempoh tujuh bulan lagi hingga 31 Dis 2020. Kata kementerian itu, pihaknya berharap dapat menerima cadangan rasmi Malaysia mengenai perubahan kepada Projek HSR tidak lama lagi, agar kedua-dua belah pihak boleh memulakan perbincangan dengan segera.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan berkata lanjutan tempoh itu akan menyediakan masa yang mencukupi kepada Malaysia untuk membentangkan cadangannya dan bagi kedua-dua pihak untuk menilai implikasi cadangan perubahan itu. Kata beliau, pandemik COVID-19 menyukarkan untuk mengadakan perbincangan tetapi tele-persidangan boleh mengatasi kesukaran ini. Kuncinya adalah komitmen bersama terhadap visi dan kepercayaan bersama projek itu.

Tambah beliau, HSR adalah projek yang kompleks, dan kedua-dua pihak perlu diyakinkan bahawa perubahan tersebut tidak akan menjejaskan hasrat asal projek tersebut. Beliau tetap optimis bahawa HSR yang menghubungkan kedua-dua ibu kota itu akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. Khaw yang juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur berkata demikian dalam catatannya di laman Facebook  rasminya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply