ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Adakah ini Honda City hatchback?

Gambaran Artis

Views

Baru je semalam Honda melancarkan generasi kelima City di Thailand. Tiba-tiba petang ini muncul pula dua keping foto City hatchback yang telah dimuatnaik oleh Chin Swee Hoe atau lebih dikenali dengan nama Theophilus Chin ke laman Faceboo peminat kereta Live Car Breathe Car. Chupp!! Nanti dulu, bila sebut nama Theophilus Chin, tiba-tiba terus timbul rasa curiga di hati penulis.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Bukan apa, pembaca setia laman web ini sudah pastinya mengetahui kehebatannya dalam memanipulasikan foto-foto kereta, bahkan portal permotoran antarabangsa juga mendapatkan khidmatnya untuk membuat gambaran artis. Jika diteliti pada foto-foto ini, penulis sangat yakin ia bukanlah foto bocor yang sebenar.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Ia hanyalah hasil karya terbaharu Theo yang membayangkan bagaimana rupa City hatchback nanti. Dalam artikel terdahulu, pihak Honda Motors Co. Ltd., Jepun telah pun mendaftarkan tanda niaga nama City hatchback di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Model City hatchback dijangka bakal mengambil alih tempat Jazz yang dikatakan tidak akan masuk ke pasaran Malaysia lagi selepas ini. Model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD) bersama-sama dengan versi sedan. Kedua-dua model ini dijangka berkongsi penjana yang sama, enjin tiga silinder 1.0 liter VTEC turbo yang digandingkan bersama-sama transmisi CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda City 2020

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply