ARKIB

KATEGORI

Tular

Maut tercampak selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari dan pandu secara lawan arus

Tular

Views

Semalam tular di media sosial rakaman video yang memaparkan sebuah kereta jenis KIA Spectra yang dihambat oleh sekumpulan penunggang motosikal kerana dikatakan telah terlibat dalam satu kejadian langgar lari. Pemandu kereta tersebut kemudiannya telah bertindak nekad dengan memandu secara melawan arus.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Menurut portal mykmu.net, pemandu itu maut dipercayai tercampak akibat kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di KM7.6 Penchala Link, kira kira jam 7.04 malam tadi.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Mangsa seorang warga emas berusia 60 tahun, kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya semalam. Sebelum kejadian itu berlaku, tular video kereta yang dipandu mangsa memandu lawan arus dan dikejar sekumpulan penunggang motosikal.

Pemandu kereta itu dikatakan dikejar apabila cuba lari selepas melanggar seorang penunggang motosikal di Jalan Tun Razak. Dia dikatakan tercampak ke laluan bawah (lower deck) pada ketinggian 5-6 meter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply