ARKIB

KATEGORI

Buletin

McDonald’s tawar Happy Meal dengan mainan Toyota GR Supra Tomica, tapi hanya di Jepun sahaja

Berita Global

Views

Tatkala McDonald’s Happy Meal di Malaysia baharu sahaja memulakan koleksi kereta mainan Fast & Furious Spy Racers sejak semalam, ‘kanak-kanak tua’ di negara matahari terbit Jepun pasti akan melompat gembira kerana mereka berpeluang untuk mengumpul koleksi istimewa Toyota GR Supra dari pengeluar mainan terkemuka, Tomica.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Mungkin ramai yang akan merasa ‘iri hati’ bila dengar berita ini kan? Untuk membuatkan anda lebih ‘panas hati’, Toyota bakal melancarkan video promo untuk mainan tersebut bermula pada 28 April nanti. Video promo iklan acah telah mula disiarkan di internet sejak kelmarin, yang memperlihatkan kelibat dua jentera GR Supra sedang melakukan aksi drift sambil mengelilingi burger dan kentang goreng gergasi.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Ia bagai memberi isyarat yang Toyota dan McDonald’s akan bersama-sama memberikan satu kejutan istimewa buat pelanggan mereka tidak lama lagi. Koleksi GR Supra berwarna merah itu nanti boleh mula didapati bersama-sama set Happy Meal atau Happy Set (di Jepun) bermula 1 Mei nanti.

Tapi sekali lagi penulis ulang, ia hanyalah untuk McDonald’s di seluruh negara Jepun sahaja ye! Yang di tempat lain, sila menangis tepi bucu katil.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply