ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Mercedes bakal tinggalkan Formula 1 musim depan?

Sukan Permotoran

Views

Berita ini mungkin mengejutkan ramai peminat sukan permotoran, khususnya Formula 1. Menurut laporan dari Autocar dan RaceFans, lembaga pengarah Daimler bakal bermesyuarat dalam masa dua minggu lagi untuk memutuskan sama ada pasukan Mercedes bakal meninggalkan Formula 1 selepas musim 2020 berakhir.

Dikhabarkan Daimler berada dalam tekanan untuk menjimatkan kos setelah berbilion telah ‘dileburkan’ dalam program F1 sejak pasukan pengeluar tersebut telah dihidupkan kembali dan merangkul kejayaan besar sejak 10 tahun yang lalu. Akibat berbelanja terlalu boros untuk mencatatkan kejayaan gemilang dalam sukan ini telah menyebabkan syarikat merancang untuk memberhentikan lebih 10,000 kakitangan.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Difahamkan juga pasukan tersebut kini terdesak untuk membuat keputusan pantas bagi meminimakan perbelanjaan untuk musim 2021, di mana ia bakal memperkenalkan kereta baharu, sekali gus mendorong Mercedes untuk meningkatkan perbelanjaan mereka agar tetap berada di grid hadapan dalam sukan ini.

Sekiranya Mercedes terpaksa meninggalkan sukan ini sebagai pasukan pengeluar, ia masih lagi berada dalam Formula 1 sebagai pembekal enjin untuk pasukan McLaren dan Williams, kerana kedua-dua pasukan ini telah menandatangani perjanjian bekalan enjin sehingga musim 2025.

Sumber yang tidak dikenali pula mendakwa bahawa prinsipal semasa pasukan Mercedes, Toto Wolff mungkin bekerjasama dengan pemilik Racing Point, Lawrence Stroll untuk membiayai pasukan baharu yang mungkin dijenamakan semula sebagai Aston Martin.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Jika ia berlaku, Stroll boleh menjual Racing Point, mungkin kepada jutawan Rusia, Dmitry Mazepin. Dikatakan bahawa pengeluar kereta dari China, Geely mungkin membeli saham dalam Aston Martin, dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pelabur penting dalam pasukan F1 yang baharu.

Pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton pula dikatakan sedang mencari tempat dalam pasukan Ferrari dan bakal berlumba bersama Charles Leclerc jika Mercedes menarik diri musim depan. Namun kedua-dua pihak hanya mengunci mulut mengenai perkara tersebut.

Pada bulan November lalu, sumber dalaman syarikat itu dengan tegas menafikan pasukan tersebut sedang mencari pemilik baharu setelah tersebarnya laporan yang mengatakan pasukan Mercedes-Benz untuk dijual. Ke manakah halatuju Petronas dan pasukan mana yang bakal ditaja oleh gergasi petroleum nasional itu nanti sekiranya Mercedes membuat keputusan untuk mengundur diri? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply