ARKIB

KATEGORI

Tular

Merelit beb! Rolls-Royce bertatahkan ‘berlian’ buat ramai terpegun

Tular

Views

Sebuah kereta Rolls-Royce berharga lebih £250,000 (RM1.34 juta) dan ‘bertatahkan berlian‘ membuatkan pemandu lain terpegun melihatnya, lapor akhbar The Sun.

Kereta mewah itu dikesan di sekitar London dan ramai orang cuba mengenal pasti siapa pemiliknya. Dalam satu video di TikTok, kereta itu dirakam diletakkan di tepi jalan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Beribu-ribu pengguna media sosial terpesona melihat kereta itu, namun seorang warganet berkata bahawa pemiliknya menggunakan pistol gam untuk melekatkan batu-batu permata tersebut.

“Itu bukan berlian tulen, ia adalah rhine stone (berlian palsu). Kereta itu milik seorang wanita yang memberitahu bahawa dia telah melekatkan batu permata itu menggunakan pistol gam,” katanya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dalam pada itu, nombor plat persendirian pada kereta itu turut mengundang spekulasi warganet. Ramai percaya kereta itu milik pengasas butik DCouture, Daria Radionova yang terletak di Knightsbridge.

Akaun Instagram Daria turut dipenuhi dengan gambarnya bersama sebuah lagi Rolls-Royce yang bergemerlapan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Reddit

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply