ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cerun runtuh, laluan 393.4 LPT2 ditutup

Berita Tempatan

Views

Laluan Kilometer (KM) 393.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) arah utara menghala ke Ajil ditutup untuk kegunaan kenderaan ekoran kejadian cerun runtuh malam tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, jurucakap Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2) berkata, insiden cerun runtuh tersebut berlaku pada pukul 11.10 malam.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Beliau berkata, kejadian cerun runtuh tersebut berlaku di lokasi sama berlaku limpahan air dan banjir lumpur pada pukul 11.30 pagi semalam.

Laluan kontra telah dibuka berikutan kejadian limpahan air itu sebelum ditutup kira-kira sejam kemudian setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Begitupun, berlaku kejadian cerun runtuh di laluan kontra terbabit pada pukul 11.10 malam tadi.

Sehubungan itu, jurucakap LPT 2 berkata, buat masa ini, semua kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan dari arah Kuantan, Pahang akan dilencongkan keluar ke Plaza Tol Dungun.

Kenderaan yang dari arah Kuala Terengganu pula akan keluar melalui Plaza Tol Ajil.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lebuhraya Pantai Timur 2 – LPT2

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply