ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Hilux rempuh Koperal Safwan direman empat hari

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, pemandu Toyota Hilux yang memandu di bawah pengaruh alkohol yang merempuh seorang anggota polis di sekatan jalan raya Op COVID-19 telah direman selama empat hari bermula semalam. Kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) itu telah mengorbankan Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, yang sedang bertugas semasa kejadian.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Dalam kejadian 2 pagi  semalam, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 44 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menjelaskan, buat masa ini, siasatan akan dilakukan bahagian trafik terlebih dahulu mengikut seksyen berkenaan. Tambah beliau, pada masa sama,pihaknya juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian dalam kes terbabit.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Fadzil berkata, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Katanya, siasatan bagi kes ini akan dijalankan serentak oleh pihak trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Setakat ini, reman empat hari berkenaan membabitkan bahagian trafik dan pihaknya akan memohon untuk menyambung reman sebaik tempoh berkenaan tamat sekiranya perlu. Tambah beliau lagi, dari segi keadaan suspek, beliau dimaklumkan sehingga semalam (kelmarin), dia masih menerima rawatan di Hospital Kajang atas kecederaan dialaminya dalam kejadian itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply