Sempena kedatangan Tahun Baharu Cina, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan kadar faedah rendah sehingga 0.88 peratus untuk varian Triton terpilih secara eksklusif menerusi pembiayaan sewa beli dari Maybank atau Public Bank.
Promosi bermula hari ini sehingga ke penghujung bulan Januari 2020. Pelanggan yang menempah dan mendaftarkan mana-mana model Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium baharu boleh memilih untuk menikmati kadar faedah sehingga 0.88 peratus, atau rebat tunai:
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
No | Varian Model | Harga OTR tanpa insurans termasuk SST (RM) di Semenanjung Malaysia | Tawaran | Waranti |
1 | Triton VGT Adventure X | 137,900 | 0.88 peratus kadar faedah ATAU rebat tunai RM6,000 | Semua varian Triton didatangkan dengan lima tahun waranti 200,000km |
2 | Triton VGT AT Premium | 121,000 | 0.88 peratus kadar faedah ATAU rebat tunai RM6,000 | |
3 | Triton VGT MT Premium | 112,500 | 0.88 peratus kadar faedah ATAU rebat tunai RM9,000 | |
4 | Triton Knight (Limited Edition) | 137,900 | rebat tunai RM2,000 sahaja | |
5 | Triton VGT AT | 105,990 | rebat tunai RM8,000 sahaja | |
6 | Triton VGT MT | 100,200 | rebat tunai RM6,000 sahaja | |
7 | Triton Quest 4×2 | 79,890 | rebat tunai RM4,000 sahaja | Lima tahun waranti atau 100,000km |
Pada tahun 2019, Mitsubishi Triton merupakan satu-satunya jenama dalam segmen trak pikap yang mencatatkan pertumbuhan positif pada 2.4 peratus berbanding tahun 2018. Pemilik kenderaan dan trak pikap Mitsubishi yang membeli varian Triton layak untuk menerima rebat tunai RM3,000 dan RM2,000, sebagai tambahan kepada promosi yang sedang berlangsung.
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
Varian Triton Adventure X kini dilengkapi dengan Monitor Keliling, Perakam Video Pemanduan (DVR), pelekat sisi badan dan filem penapis haba premium. Triton AT Premium turut dikemaskini dengan Perakam Video Pemanduan, tempat duduk kemasan kulit dan sistem infohiburan skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan Apple Carplay dan Android Auto.
Semua aksesori naik taraf ini hanya ditawarkan oleh pengedar sah MMM di semua bilik pameran Mitsubishi Motors seluruh negara. Pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander 2.0-liter atau 2.4-liter baharu bakal menikmati rebat tunai RM4, 000 atau RM2, 000 beserta Penyelenggaraan Percuma selama 2 Tahun.
Outlander 2.0-liter dijual pada harga RM137, 888 manakala Outlander 2.4-liter pula berharga RM152, 888. Model SUV kompak ASX 4WD dan 2WD pula ditawarkan dengan rebat tunai RM12, 000 atau RM8, 000. ASX 4WD dijual pada harga RM133, 336 sementara ASX 2WD pula berharga RM118, 866. Outlander dan ASX didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
KOMEN TERKINI