ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA: Mari mengenal jenis-jenis bot nelayan!

Info

Views

Sekali-sekala penulis ingin mengajak semua untuk beralih sedikit dari segmen kereta. Kali ini penulis tertarik dengan perkongsian maklumat yang dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Yang Berhormat Dr Azman Ibrahim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi merangkap Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu mengenai jenis-jenis bot nelayan.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Macam mana kita nak kenali bot nelayan?

Bot nelayan mempunyai beberapa kelas bot iaitu:

  • A – Bot bersaiz kecil
  • B – Saiz bot besar sedikit daripada kelas A
  • C – Bot bersaiz besar
  • C2 – Bot paling besar dalam semua kelas yang ada

Bot nelayan mengikut negeri dibezakan dengan warna rumah kemudi, sebagai contoh:

  • Hijau – Bot negeri Terengganu
  • Merah – Bot negeri Kelantan
  • Oren – Bot negeri Pahang
  • Biru – Bot negeri Johor

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Negeri bot nelayan juga boleh dikenal pasti menerusi nombor pendaftaran bot (lebih kurang macam nombor plat kenderaan). Contohnya TRF – Terengganu, KAF – Kelantan, PAF – Pahang. Kod nombor bot nelayan pula tidak sama dengan kod nombor kereta motor.

Kalau anda nak tahu, bot yang mempunyai jalur putih melintang (contoh gambar di bawah) adalah bot yang mempunyai lesen pukat tunda. Sekarang anda dah kenal yang mana satu bot pukat tunda kan? Selain itu, peraturan tidak melarang bot Kelantan, Pahang atau Johor untuk menangkap ikan di perairan Terengganu atau negeri lain.

Tidak ada peraturan yang melarang bot dengan rumah kemudi warna berbeza untuk mendaratkan hasil tangkapan di negeri lain, sebagai contoh bot dengan rumah kemudi hijau (Terengganu) dibenarkan untuk mendaratkan hasil tangkapan di Tok Bali atau Kuantan. Jadi, sebab itulah kita boleh melihat majoriti bot yang mendarat di Tok Bali berwarna hijau.

Semoga informasi ini bermanfaat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit dnkelantan

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply