ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Isuzu Malaysia lancar D-Max 1.9-liter Blue Power – Trak pikap EEV pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views
Isuzu lancar D-Max 1.9-liter turbodiesel, lebih jimat, road tax pun murah tapi power camana?

Semalam Isuzu Malaysia telah melancarkan trak pikap Isuzu D-Max 1.9-liter Blue Power yang direka untuk memenuhi keperluan penggunaan minyak serta pembebasan C02 yang lebih rendah. Model ini turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sekaligus menjadikannya sebagai trak pikap EEV yang pertama di Malaysia.

D-Max 1.9-liter Blue Power dijana oleh enjin 1,898 cc RZ4E-TC yang digandingkan dengan pilihan kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan. Kombinasi ini mampu menjana 150 PS pada 3,600 rpm (naik 10 peratus) dan 350 Nm daya kilas (naik 9 peratus) antara 1,800 dan 2,600 rpm berbanding unit 2.5 liter 4JK1-TCX sebelum ini.

Fakta ringkas mengenai Isuzu D-Max 1.9-liter Blue Power:

  • Rekaan jeriji dengan gandingan kemasan hitam dan krom.
  • Lampu depan jenis projektor LED serta lampu siang LED (DRL).
  • Bampar dengan reka bentuk baharu dengan kemasan baharu di bahagian lampu kabus.
  • Grafik pelekat badan rekaan baharu.
  • Rim 18-inci rekaan baharu.
  • Berat enjin baharu telah turun sebanyak 56 kg.
  • Cermin sisi boleh dilipat secara automatik semasa kenderaan dikunci.
  • Ciri pintu ringan sebagai pilihan.
  • Enjinnya lebih senyap 6 peratus berbanding enjin 2.5 liter sebelumnya.
  • Penggunaan bahan lembut di beberapa panel dan kemasan kerusi balutan kulit dan fabrik.
  • Dilengkapi dengan Kawalan Turun Curam (HDC) dan Bantuan Kawalan Pelancaran Kenderaan (VLAC)

Isuzu Malaysia menawarkan 11 varian untuk model D-Max terbaharu ini dengan pilihan warna baharu termasuklah Sapphire Blue, Red Spinel, Stallion Black, Titan Silver, Silky White Pearl dan Magnum White. Harga bermula dari RM85,799 dari varian kabin tunggal paling asas hingga RM120,838 untuk varian Premium.

Isuzu Malaysia bakal mengadakan kempen pandu uji di semua cawangan pengedar dan mereka yang memandu uji model ini akan menerima hadiah misteri bermula dari 21 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Mereka juga akan menerima tiket penyertaan cabutan bertuah Blue Fever yang akan diadakan di penghujung tempoh promosi berkenaan.

Pelanggan yang membeli Isuzu D-Max baharu mulai semalam hingga 31 Oktober akan turut menikmati jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan istimewa serta pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh lapan tahun akan datang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model ini, sila tonton video yang telah kami sediakan.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Lexus Malaysia lancar model ES dan RX facelift 2019”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

2019 Lexus ES dari RM299,888, RX dari 399,888 lengkap dengan LSS+

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Jika anda rasa video ini menarik, sila kongsikan dengan rakan-rakan. Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply