ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

MESTI TONTON : Pandu uji Volkswagen Passat Highline 380TSI – Kereta keluarga yang lapang dan berkuasa

Pandu Uji : FuntastickoTV

Views
Pandu Uji: Volkswagen Passat Highline 380TSI kereta keluarga lapang dan berkuasa

Tengah makan lemang dengan ketupat ke tu? Alang-alang tengah menjamu selera tu jom la layan video pandu uji Volkswagen Passat Highline 380TSI. Volkswagen Passat merupakan satu pilihan untuk ayah yang mahukan kuasa dan kepuasan pemanduan tetapi mahukan ruang yang lapang untuk keluarga.

Passat mempunyai jarak gandar antara yang terpanjang dalam kelasnya dan ini menghasilkan kabin yang cukup lapang dan selesa untuk perjalanan jauh. Sistem gantungan yang menghasilkan keselesaan untuk penumpang juga menjadikan kereta ini satu pilihan yang wajib diuji sebelum anda membeli sebuah sedan keluarga segmen D kerana ia mencapai imbangan yang baik antara keselesaan dan kejituan pemanduan.

Pelbagai ciri moden datang dengan kereta ini termasuk kokpit digital, kotak gear dwi-klac dan enjin berkuasa tinggi yang menjana daya kilas 350 Nm, cukup untuk menghasilkan pecutan yang bertenaga untuk kebanyakkan situasi. Memotong memang sedap dengan kereta ni.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Pandu uji Toyota Innova 2.0 X – Mewah tetapi mampu milik”, jom kita layan!

Pandu Uji: Toyota Innova 2.0 X Mewah tapi mampu milik

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami. Makan lemang dengan ketupat tu ingat-ingatlah kat kami juga ye!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply