ARKIB

KATEGORI

Buletin

Timbalan Perdana Menteri lancar Buku Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia menerusi satu hantaran ringkas semalam melaporkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail telah melancarkan Buku Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di Malaysia dan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 di Makmal Ujian Perlanggaran MIROS PC3, Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Ia merupakan satu dokumen strategi dan tatacara yang dibangunkan secara komprehensif oleh Kementerian Pengangkutan bagi penyeragaman secara menyeluruh di antara kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan, industri serta orang awam khusus dalam pelaksanaan dasar Kerajaan bagi mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia pada tahun 2020.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Dokumen ini menggariskan objektif, sasaran, strategi serta inisiatif pembangunan ekosistem pelaksanaan dasar merentasi semua bidang industri yang merangkumi aspek pematuhan piawaian, tatacara serta penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya, di premis perniagaan dan jualan atas talian.

Anda boleh membaca atau memuat turun Buku Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di Malaysia menerusi pautan di bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply