ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Toyota Corolla 2019 dilancarkan – 2 varian, harga dari RM128,888 – RM136,888

Pelancaran

Views
2019 Toyota Corolla, siar keliling. 1.8G RM136,888, Varian 1.8E RM128,888

Setelah hampir sebulan membuka tempahan, UMW Toyota Motor hari ini melancarkan model sedan Toyota Corolla 2019 sebentar tadi. Hanya dua varian yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia – 1.8G dan 1.8E .

Berikut adalah harga jualan Toyota Corolla 2019 mengikut varian:

  • Toyota Corolla varian 1.8G – RM136,888
  • Toyota Corolla varian 1.8E – RM128,888

Model ini telah direka bentuk semula sepenuhnya dan dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memberikannya prestasi yang lebih baik, pemanduan dinamik dan keselesaan yang lebih unggul.

Corolla 2019 dijana oleh enjin 1.8 liter 2ZR-FE empat silinder sebaris yang menghasilkan kuasa 139 PS dan 172 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan kepada transmisi tujuh-kelajuan CVT Sequential Shiftmatic dengan pacuan roda hadapan.

Fakta ringkas menarik mengenai Toyota Corolla 2019:

  • Reka bentuk luaran yang lebih aggresif, moden dan dinamik (lebih muda dan tiada lagi imej warga emas).
  • Dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) dengan suspensi belakang double-wishbone.
  • Dilengkapi dengan Toyota Safe Sense antaranya Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) untuk setiap kelajuan, Lampu Tinggi Automatik (AHB), Amaran Terjajar Lorong (LDR) dan Bantuan Pengesan Lorong (LTA).
  • Sistem telematik Kenderaan yang memantau dan membeitahu lokasi kenderaan pada waktu sebenar menerusi aplikasi mudah alih.
  • Pengecas nirwayar (wireless charger).
  • Paparan pelbagai info bersaiz 7 inci bersama meter Optitron.
  • Pendingin hawa automatik dwi zon

Lima pilihan warna bakal ditawarkan, antaranya Kelabu Celestite (Metalik), Putih Mutiara CS, Perak (Metalik), Hitam Attitude (Metalik) dan Merah Mica (Metalik). Toyota Malaysia turut menawarkan jaminan selama 5-tahun tanpa had perbatuan bermula dari tarikh hari pertama pendaftaran kereta (tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk mengetahui info lebih lanjut, saksikan video siar keliling yang telah kami sediakan!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Mazda CX8 buatan Kulim, harga dianggar 15-20 peratus lebih tinggi dari CX5”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Jika anda rasa video ini menarik, sila kongsikan dengan rakan-rakan. Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply