ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Corolla 2019 dibuka – Harga bermula dari RM136,888

Berita Tempatan

Views

Pencabar baharu dalam segmen-C akan tiba! UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan model sedan Toyota Corolla serba baharu bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Mereka yang ingin menjadi pemilik terawal model yang telah dilancarkan terlebih dahulu di Thailand dan Indonesia boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh negara mulai hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Hanya dua varian akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia – 1.8G dan 1.8E dengan harga anggaran atas jalan RM136,888 dan RM128,888. Model ini telah direka bentuk semula sepenuhnya dan dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memberikannya prestasi yang lebih baik, pemanduan dinamik dan keselesaan yang terunggul bagi memenuhi kehendak pelanggan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Corolla 2019 turut didatangkan dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merupakan sistem keselamatan bersepadu yang memberikan pengalaman pemanduan selamat dan pelbagai ciri-ciri canggih yang lain. Model Corolla juga dianggap sebagai kereta laris di dunia dan antara kereta yang pertama dipasang di negara ini kira-kira 50 tahun yang lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply