ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi tayang XRT Concept di Bangkok International Motor Show 2023, gambaran awal Triton/L200 generasi baharu

Berita Global

Views

Generasi kelima Mitsubishi Triton/L200 sudah pun berada dalam pasaran sembilan tahun dan bakal model penggantinya telah dipertontonkan hari ini di Bangkok International Motor Show 2023.

Meskipun dilabel sebagai model konsep, namun Mitsubishi XRT Concept sebenarnya adalah sebuah prototaip dengan panel badan model produksi yang disembunyikan dengan pelekat pelitup penyamaran.

Ia juga kelihatan menggunakan rekaan lampu depan jenis terpisah, manakala lampu belakangnya pula kelihatan agak besar dan dilitupi pelekat hitam.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut pengumuman yang dibuat awal bulan ini berkenaan dengan pelan hala tuju produk baharu Mitsubishi sehingga tahun 2028, trak pikap bersaiz sederhana ini akan dikuasakan oleh enjin diesel “generasi baharu”.

XRT Concept menampilkan gaya reka bentuk badan dwikab dengan snorkel dan dua tayar ganti di belakang.  Selain itu, grafik pelitup penyamaran XRT Concept turut menampilkan jenama Ralliart dan tayar off-road yang tebal.

Buat masa ini Mitsubishi ‘masih menyimpan rahsia’ berkenaan dengan spesifikasi teknikalnya, namun menurut laporan, ia bakal menggunakan casis kerangka tangga (ladder frame) dipertingkatkan, yang turut dikongsi dengan Navara generasi baharu.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Pesaing kepada Ford Ranger dan Volkswagen Amarok turut menampilkan gerbang tayar yang membonjol, palang sport dan cermin sisi bersaiz besar.

Kita bakal menyaksikan kelibat generasi baharu Triton/L200 beraksi buat kali pertama semasa Asia Cross Country Rally 2023, di mana pasukan Mitsubishi Ralliart dijangka berlumba dengan menggunakan model prototaip.

Model pengeluarannya nanti akan tiba di pasaran Thailand semasa tahun fiskal 2023 (dari April hingga ke Mac 2024) dan kemudiannya disusuli oleh pasaran ASEAN, Oceania dan lain-lain.

Semasa pembentangan pelan hala tuju produk baharu itu juga, Mitsubishi mengumumkan yang mereka kini sedang membangunkan sebuah trak pikap elektrik sepenuhnya yang dijadualkan akan tiba selepas 2025 atau selewat-lewatnya sebelum 2028.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply