ARKIB

KATEGORI

Buletin

MIROS harap pindaan akta mampu capai sifar kemalangan maut berpunca dari pemandu mabuk

Berita Tempatan

Views

Menurut Berita Harian, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berharap penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 mampu mencapai sifar kes kemalangan maut berpunca dari pemandu mabuk.

Ketua Pengarahnya, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata bagi mencapai harapan itu, pihaknya akan menjalankan lebih banyak runding cara kepada pengguna jalan raya. MIROS turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana ia menunjukkan kesungguhan mereka dalam menangani isu berkaitan jalan raya dengan pindaan akta berkenaan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Kata beliau, MIROS berharap kemalangan disebabkan pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bukan sahaja berkurangan, malah terus kepada sifar. Pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk, berbahaya dan di bawah pengaruh dadah.

Pindaan itu membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan yang membabitkan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu. Khairil Anwar berkata, bagi memastikan kejayaan dalam merealisasikan sifar kes itu, peranan masyarakat adalah sangat besar.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Beliau berkata, MIROS bersama Kementerian Pengangkutan dan agensi lain akan bekerjasama dalam menyampaikan mengenai perkembangan terkini berhubung penguatkuasaan akta berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, penguatkuasaan undang-undang yang diperketatkan itu berupaya menjadi asas ke arah menjadikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan harus memainkan peranan menyedarkan pengguna jalan raya kewujudan undang-undang yang diperketatkan itu bagi memastikan kejayaannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit UCSI

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply