ARKIB

KATEGORI

Info

Sakit dan tak berupaya ke pejabat JPJ untuk urusan tukar milik kenderaan? Jangan risau, mereka datang ke rumah anda

Info

Views

Jujurnya kami juga baru tahu dan mungkin ramai di kalangan pembaca laman ini tidak mengetahui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang ada membuat perkhidmatan terus ke rumah anda kan? Tapi hanya untuk pesakit yang tidak berupaya sahaja. Kalau setakat ‘demam kura-kura’ jangan nak mengada-ngada minta mereka datang ke rumah ya!

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Bahagian (L) Pendaftaran Dan Pelesenan Kenderaan JPJ Negeri Pahang baru-baru ini telah memberikan perkhidmatan Tukar Hak Milik Mobile (Biometrik) di kediaman pemilik kenderaan di Permatang Badak yang baru selesai menjalani pembedahan dan seorang lagi di Gambang yang mengalami angin ahmar.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Perkhidmatan ini ialah suatu bentuk perkhidmatan yang disediakan bagi membantu pesakit yang tidak berupaya untuk hadir ke kaunter JPJ kerana masalah kesihatan bagi membuat urusan tukar milik kenderaan. Kata JPJ Pahang, mereka sentiasa komited dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan jabatan ini.

Syabas JPJ Pahang! Popaleh weh!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply