ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skuter elektrik pintar Blueshark tiba di Malaysia – Dua versi, harga ‘mampu milik’ dari RM 7,190, Pakej Sewaan Korporat turut ditawarkan

Berita Tempatan

Views

Blueshark, anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar yang tercanggih di dunia, hari ini secara rasminya melancarkan skuter siri R Blueshark ke pasaran Malaysia.

Dua versi ditawarkan, iaitu R1 dan R1 Lite. Berikut adalah harga skuter Siri R Blueshark (atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian SST):

  • Blueshark R1 Lite – RM 7,190
  • Blueshark R1 – RM 9,390

Ia termasuk 1 unit pengecas dan 2 sangga pengecas, 1 kunci Bluetooth, serta bayaran tambahan sebanyak RM 79 sebulan untuk sewaan dua pek bateri.

Selain itu, ia turut ditawarkan untuk Pakej Sewaan Korporat yang merangkumi skuter dan bateri. Berikut adalah harga atas jalan, dengan pengecualian SST, termasuk penyelenggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus dan terhakis:

  • Blueshark R1 Lite – RM 487 sebulan
  • Blueshark R1 – RM 547 sebulan

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pakej ini termasuk 2 unit bateri, 1 kunci Bluetooth dan kad Sim Kit pengecasan rumah opsyenal dengan deposit boleh dikembalikan RM250.

Pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewaan skuter siri R. Berikut adalah Pelan Langganan Bateri BlueSwap:

  • BlueSwap Lite (RM 59/sebulan, sebanyak 36 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Standard (RM 99/sebulan, sebanyak 70 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Pro (RM 139/sebulan, sebanyak 120 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Flex (RM 1.95, bayaran mengikut pertukaran)

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jin Chan, skuter siri R Blueshark merupakan sebuah kemuncak dalam usaha mereka untuk membawakan solusi-solusi yang lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban.

Pihaknya percaya bahawa Blueshark R1 memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) secara massa.

Blueshark juga telah melancarkan Program Rintis Blueshark, di mana 50 penunggang khidmat penghantaran barangan/makanan telah membawa pulang skuter elektrik pintar R1 untuk diuji keupayaannya selama sebulan di jalan raya Malaysia.

Selain itu, mereka juga akan menguji rangkaian Blueshark BlueStation (Stesen Penukaran Bateri) di stesen-stesen Petronas yang terpilih.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Ketua Pegawai Eksekutif EP Manufacturing Bhd (EPMB), Ahmad Razlan bin Mohamed berkata, siri R Blueshark merupakan satu permulaan dan mereka akan terus menginovasi serta memperbaiki produk-produk untuk memenuhi keperluan dunia yang kian berubah.

Beliau juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas peluang yang diberikan kepada EPMB untuk memasuki arena EV di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jeff Chong, menambah, skuter elektrik pintar siri R Blueshark merupakan satu daripada banyak lagi produk yang kami akan perkenalkan kelak.

Pihaknya jugayakin bahawa ia akan mencetus impak yang besar ke atas landskap mobiliti urban di dalam dan di luar Malaysia.

Blueshark R1 mampu mencapai jarak operasi sejauh 110km setelah dicas penuh (kitaran NEDC) dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 80km/j. Ia mampu menjana daya kilas puncak sebanyak 201 Nm.

Ia dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5000w yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri litium besi fosfat (LFP) yang boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3 setengah jam.

Disediakan dengan lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo, Blueshark R1 dilengkapi dengan sistem operasi pintar ArkRide®, dengan sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi, melalui papan pemuka HD IPS berwarna 10.4- inci yang mesra pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply