ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tata cari rakan kongsi Jaguar Land Rover – BMW dan Geely antara yang berpotensi

Berita Global

Views

Bloomberg melaporkan, Tata Group kini sedang mencari rakan kongsi berpotensi untuk Jaguar Land Rover dan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah BMW dan Geely. Buat masa ini perbincangan antara ketiga-tiga entiti tersebut masih di peringkat awal dan Tata masih lagi boleh mencari calon yang lain.

Menggandingkan Jaguar Land Rover bersama pengeluar kereta China boleh memberi manfaat besar buat syarikat UK negara tersebut, meskipun jualan di sana merudum sebanyak 50 peratus tahun lalu dan Tata perlu membuat pelaburan sebanyak 3.9 bilion dolar Amerika.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Jaguar Land Rover juga mempunyai hubungan bersama BMW dalam pembangunan enjin dan teknologi elektrik, namun mantan CEO BMW, Harald Krueger dalam satu kenyataan Ogos lalu menolak apa-apa pelaburan ekuiti.

Buat masa ini tidak diketahui apa respon BMW dan Geely mengenai cadangan tersebut, pengeluar kereta China itu turut menafikan mereka sedang berbincang dengan Tata atau JLR, manakala BMW dan Tata pula menolak untuk mengulas lebih lanjut.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Mungkin halangan terbesar untuk mana-mana rakan kongsi bersama Jaguar Land Rover adalah masalah kewangan yang membelenggu syarikat tersebut, walaupun sebahagiannya telah diselesaikan oleh Tata, menawarkan penyerapan ekuiti 910 juta dolar Amerika bagi meningkatkan penyata akaun JLR.

Pengeluar dari UK itu juga bergelut dengan masalah kualiti kenderaan dan rangkaian pengedarnya di China. Walaubagaimanapun, jualan di sana telah kembali stabil dan sedikit sebanyak membantu Tata untuk mengumumkan kerugian suku tahunan yang lebih kecil daripada jangkaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply