ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model SUV Haval dengan teknologi ‘Hi4’ buat debut global di Auto Shanghai 2023

Berita Global

Views

Baru-baru ini Haval telah memperkenalkan model SUV sederhana baharu yang dikuasakan dengan teknologi tenaga baharu (digelar “Fierce Dragon MAX” di pasaran China) di Auto Shanghai 2023.

Model yang membuat debut global sulungnya itu menjadi tarikan para pengunjung yang turut serta dalam majlis pelancarannya. SUV tenaga baharu (NEV) itu merupakan model pertama GWM yang menggunakan teknologi Hi4.

SUV pintar ini mempunyai jarak antara gandar roda berukuran 2.8 meter dengan menampilkan reka bentuk luaran dengan lebih banyak ciri kenderaan elektrik (EV).

Menurut Timbalan Pengurus Besar Pemasaran Haval Qiao Xinyu, ia bakal dilancarkan ke pasaran China pada bulan Mei ini.

Hasil daripada teknologi Hi4 baharu, Haval kini telah dipertingkatkan dengan ketara dari segi prestasi, ekonomi dan keandalan. Prestasi model Haval yang terkini turut diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Produknya di pameran auto tersebut.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dalam sebuah ujian simulasi senario sebenar yang telah dijalankan di China, model tersebut telah mencatatkan penggunaan bahan api mengikut standard WLTC secara keseluruhan sebanyak 1.78L/100km, dengan masa pecutan 6.8 saat dari 0 hingga 100km/j.

Hi4 dibangunkan oleh GWM berdasarkan konsep prestasi dan kecekapan yang merupakan teknologi hibrid baharu gabungan ciri pintar dengan sistem pacuan empat roda. Hi4 merupakan singkatan kepada ‘Hybrid Intelligent 4WD‘.

Ia menggunakan reka bentuk dwimotor dengan kedua-dua sambungan selari dan bersiri antara gandar hadapan dan belakang, yang boleh merealisasikan prestasi sistem 4WD dan kecekapan tenaga sistem 2WD.

Hi4 juga boleh digabungkan dengan Sistem Kawalan Vektor Tork Pintar (GWM iTVC) dan Sistem Pengurusan Tenaga Pintar untuk memastikan pengendalian sistem kuasa kenderaan yang cekap dalam semua julat kelajuan dan senario, memberikan pengguna prestasi yang berkuasa tinggi dan penggunaan tenaga lebih rendah.

Bagi pengurusan penggunaan tenaga, model-model yang dilengkapi dengan Hi4 boleh menukar antara 9 mod pemanduan secara dinamik mengikut keadaan pengendalian yang berbeza.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Langkah ini membolehkan pemandu untuk sentiasa menggunakan mod pemanduan optimum dalam senario pemanduan yang berbeza bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

GWM turut mengadakan satu sesi pandu uji di ibu pejabatnya di Baoding pada 20 April lalu bagi membolehkan para pengamal media merasai sendiri produk dan teknologi tenaga baharu Haval secara menyeluruh.

Dengan sokongan Hi4, kenderaan itu boleh mengenal pasti senario pemanduan yang berbeza secara pintar menerusi iTVC, dan mengagih serta melaraskan daya secara dinamik antara gandar hadapan dan belakang dengan pantas.

Ini dapat memastikan kenderaan tersebut kekal dipacu kuasa yang mantap dalam semua senario pemanduan. Sebagai contoh, apabila pemanduan telah dimulakan dengan lancar di tanah yang rata, tenaga boleh diagihkan ke gandar hadapan dan belakang, menghasilkan pecutan yang lebih pantas berbanding dengan sistem dwimotor tradisional.

Prestasi Haval dalam pecutan, kestabilan dalam ujian trek gelang berkelajuan tinggi, dan kekuatan teknologi Hi4 telah diperakui oleh media selepas sesi pandu uji tersebut. Mereka turut menjangkakan pelancarannya di pasaran luar negara secepat mungkin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply