ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model konsep elektrik Perodua buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2023?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Perodua dua hari yang lalu telah menyiarkan iklan acah (teaser) sebuah model konsep elektrik yang bakal membuat kemunculan pada Malaysia Autoshow 2023 nanti.

Menerusi iklan acah tersebut, Perodua menjemput pemilik dan peminat kereta untuk ke reruainya di Malaysia Autoshow 2023 bertempat di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) pada 4 hingga 7 Mei nanti untuk melihat mobiliti masa hadapan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tidak dapat dipastikan sama ada model konsep yang akan dipamerkan nanti adalah model elektrik sepenuhnya (EV) atau pun hibrid kerana kami juga ‘langsung tiada maklumat’ mengenainya.

Perodua hanya menyatakan “Electric Motion Online (EMO)” dengan abjad “E” pada logo tersebut digambarkan dalam bentuk wayar dan juga palam (plug) berwarna biru.

Lazimnya warna biru diguna pakai untuk menggambarkan model elektrifikasi, sama ada elektrik sepenuhnya (EV) atau pun hibrid.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mungkin juga model ini akan memaparkan ciri-ciri ketersambungan secara dalam talian, jika merujuk kepada perkataan ‘online‘.

Jika diperhatikan dari ‘siluet’ garis reka bentuk model konsep itu, ia kelihatan seperti sebuah model hatchback atau SUV kompak.

Setakat ini kami masih belum menerima sebarang informasi berkaitan model konsep berkenaan dan menurut pelan pembentangan yang diumumkan baru-baru ini, Perodua hanya akan menghasilkan EV bermula 2029.

Apa pun kita nantikan informasi terkini mengenai model konsep ini dari semasa ke semasa. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply