ARKIB

KATEGORI

Tular

Motosikal penghantar barangan OKU dicuri – Warganet simpati lancar derma kilat

Tular

Views

Penghantar barangan/makanan merupakan wira dan wirawati yang menjadi tunjang barisan hadapan ketika seluruh negara terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari COVID-19. Kisah yang kami bawakan kali ini agak menyedihkan dan ia telah tular sejak semalam di media sosial.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Motosikal jenis Yamaha 135LC seorang penghantar barangan bernama Faizal yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu, telah hilang setelah dicuri di Leisure Mall, Taman Pelangi, Johor Bahru tengah hari semalam.

Yamaha 135LC yang dicuri itu menggunakan nombor pendaftaran WFW 9854 berwarna hitam dan oren dengan rim merah. Motosikal tersebut merupakan kenderaan hariannya untuk mencari rezeki dengan menjadi penghantar barangan untuk syarikat Grab.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Sekiranya ada individu yang terlihat motosikal ini, anda boleh menghubungi Faizal (Jal) di talian 011-21604406. Apa yang membuat kami terharu sebenarnya adalah reaksi dari warganet dari pelbagai bangsa yang ‘bermurah hati‘ dengan menghulurkan bantuan ‘derma kilat‘ untuk Faizal bagi meringankan bebannya.

Ini adalah satu sikap yang terpuji dan patut dicontohi oleh kita semua meskipun mungkin tidak mengenali antara satu sama lain. Kami berharap agar Faizal mendapat kembali motosikalnya yang hilang itu dan semoga si pencuri mendapat balasan yang setimpal.

Kalau boleh pulangkanlah balik, tak baik menganiaya hidup orang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply