ARKIB

KATEGORI

Rencana

Larang penjualan aksesori kenderaan berbahaya – MIROS

Rencana

Views

Berita Harian melaporkan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa supaya diwujudkan satu peraturan yang melarang penjualan aksesori kenderaan yang berupaya mendatangkan risiko maut apabila berlaku kemalangan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, sehingga kini penjualan aksesori kereta tertentu termasuk penyambung tali keledar adalah dibenarkan berikutan tiada undang-undang yang mengawal penjualannya di pasaran.

Kata beliau, peralatan ini tidak pernah ‘tidak sah’ dan ia boleh dijual di pasaran walaupun di kedai serbaneka, sedangkan jelas ia amat berbahaya jika digunakan pemandu kenderaan. Justeru, beliau berasakan perlu diwujudkan satu undang-undang yang boleh mengawal atau menyekat penjualan aksesori kenderaan yang berbahaya kepada pengguna.

Khairil berkata, pihaknya juga bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membabitkan aspek penguatkuasaan. Katanya, tindakan penguatkuasaan mungkin boleh dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan aksesori ini tidak dijual sewenang-wenangnya di pasaran.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Aksesori seperti penyambung tali keledar itu dijual pada antara RM3.80 hingga RM25 tertakluk kepada jenis dan model menerusi portal beli-belah dalam talian. Ia bukan sahaja dijual oleh peniaga tempatan bahkan boleh diperoleh dari luar negara dengan jumlah jualan mencecah hampir 300 unit.

Alat yang diperbuat daripada aloi zink ini ‘didakwa’ adalah sebagai satu aspek keselamatan kenderaan dan menjamin kawalan keselamatan terbaik buat pengguna. Selain itu, ia mudah dipasang, mampu ‘mematikan’ bunyi peringatan memasang tali keledar dan bersifat sejagat yang bersesuaian dengan 99 peratus model kenderaan di pasaran.

Sebenarnya aksesori yang dinamakan ‘dummy buckle‘ atau alat nyah aktif penggera tali keledar yang dijual di pasaran secara berleluasa ketika ini adalah produk ‘ciplak‘. Ia sebenarnya direka dan dipasarkan untuk kegunaan individu berbadan besar, namun disalah guna untuk tujuan ‘mematikan’ penggera tali keledar kenderaan, sekali gus berupaya mengundang risiko ketika kemalangan.

Harganya pula dijual serendah RM2 dan boleh didapati di kedai serbaneka atau portal beli-belah dalam talian. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, ketika mendedahkan perkara itu berkata perbincangan mengenai isu berkenaan giat dijalankan, susulan pelbagai kes kemalangan yang semakin meruncing kebelakangan ini.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Sehubungan itu, beliau menjelaskan kementerian kini pada fasa melengkapkan kajian bersama pihak berkaitan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Permintaan tinggi menyaksikan, aksesori kenderaan sama ada yang mematuhi undang-undang atau sebaliknya, dijual secara meluas dalam pasaran termasuk di kedai serbaneka dan dalam talian. Antara aksesori dikenal pasti berbahaya oleh MIROS ialah dummy buckle yang mampu mempengaruhi fungsi beg udara sekiranya berlaku impak pelanggaran ketika kemalangan.

Isham mengesahkan bahawa alat tersebut tidak mampu mengaktifkan beg udara apabila berlaku impak pelanggaran ketika kemalangan. Jelas beliau, produk ciplak ini tiada peranti pengesan seperti diletakkan dalam penyambung tali pinggang keledar untuk kegunaan orang berbadan saiz besar.

Apabila ditanya pendekatan terbaik untuk menyekat penjualan aksesori membahayakan pengguna itu, Isham berkata kerajaan ketika ini mampu berbuat demikian melalui kempen kesedaran dan nasihat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply