ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW 330i M Sport versi CKD diperkenalkan, harga lebih rendah

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia semalam telah melancarkan BMW 330i M Sport yang dipasang di Kulim (CKD), selang enam bulan selepas versi CBU diperkenalkan awal tahun ini. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Harald Hoelzl berkata sebanyak 350 unit varian CBU setakat ini telah diserahkan hanya dalam masa enam bulan. Tambah beliau, fasiliti di Kulim pada ketika ini turut memasang sembilan model BMW yang lain.

Sedikit info ringkas mengenai BMW 330i M Sport versi CKD:

  • Rim aloi ringan 18 inci rekaan bilah berkembar 790 M dengan kemasan dwitona ‘Orbit Grey’.
  • Angkup berwarna biru yang memaparkan logo ‘M’ pada brek M Sport.
  • Lampu hadapan LED adaptif dengan teknologi ‘Bi-LED’.
  • Jeriji ‘kidney’ yang lebih besar.
  • Set lampu belakang tiga dimensi berbentuk L.
  • Penggunaan kaca berkabus.
  • Spoiler belakang dengan ciri aerodinamik.
  • Paip ekzos berkembar bersaiz 90 milimeter.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

BMW 330i M Sport CKD dikuasakan oleh enjin petrol TwinPower Turbo berkapasiti 2.0 liter yang disambung dengan dengan transmisi Steptronic Sport 8. Kombinasi ini mampu menjana kelajuan maksima 250 km/j dan output setinggi 190 kW/258 kuasa kuda serta puncak tork 400 Nm dari bacaan rpm 1,550 hingga 4,400.

Model ini juga hanya mengambil masa 5.8 saat untuk memecut dari 0-100 km/j selain penggunaan bahan api 6.4 liter bagi setiap 100 km. Berat badannya juga telah berjaya dikurangkan sebanyak 25 kilogram berbanding dengan model sebelumnya.

Di ruang kabin, BMW 330i M Sport membawakan stereng sport berkulit M Sport dengan ciri multifungsi dan padel penukar gear serta pencahayaan dalaman. Papan pemukanya menampilkan BMW Live Cockpit Professional yang dilengkapi dengan paparan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci serta Paparan Kawalan bersaiz 10.25 inci dengan fungsi sentuh.

Lima pilihan warna ditawarkan – Alpine White, Black Sapphire dan Mineral Grey, manakala Portimao Blue hanya boleh didapati bermula Januari 2020 sementara warna Sunset Orange pula akan ditawarkan bermula Mac 2020. Pemilik juga boleh memilih upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna hitam atau upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna ‘cognac’ untuk kemasan dalaman.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan ‘Balloon Financing Plan’ untuk model ini menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,298.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

Pemilik BMW 330i M Sport turut ditawarkan dengan pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan Pinggir Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card.
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) untuk model ini ialah RM 288, 000.00.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply