ARKIB

KATEGORI

Buletin

Murid Tahun 4 maut terjerut baju hujan

Berita Tempatan

Views

Seorang murid Tahun Empat maut selepas baju hujannya tersangkut pada gegancu rantai belakang motosikal yang dibonceng lalu menjerut lehernya. Menurut Berita Harian mangsa, Tuan Nur Irdina Najwa Tuan Rosli, 10, yang ketika itu membonceng motosikal Honda RS150R ditunggang ibu saudaranya maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kampung Gong Tanah Merah pada jam 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata sebelum kejadian mangsa menemani ibu saudaranya berusia 31 tahun untuk ke satu majlis dan mereka dalam perjalanan ke Kampung Darau dari arah Kampung Gong Nering, Jertih.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba baju hujan dipakai mangsa tersangkut pada bahagian gegancu (sprocket) belakang motosikal menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan. Baju hujan itu kemudian menjerut leher mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di leher. Sementara itu, nenek Tuan Nur Irdina, Haminah Awang Ahmad, 67, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu yang menetap bersama keluarganya di Jeli, Kelantan, baru pulang ke kampung sempena cuti persekolahan.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana mengikut ibu arwah menyelesaikan urusan keluarga di Kampung Raja. Tambahnya, dia tidak menyangka kecelakaan menimpa cucunya namun mereka sekeluarga reda.

Haminah berkata kehilangan cucunya amat dirasai kerana dia seorang yang ceria, rajin solat dan rapat dengan semua adik beradik, sepupu dan saudara maranya. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayu Kelat semalam.

Salam takziah kami ucapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply