ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar jalin kerjasama dengan SISMA Auto

Berita Tempatan

Views

Platform jualan kereta terpakai, myTukar mengumumkan kerjasama dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center. Program pra-pemilikan SELEKT yang baharu dilancarkan itu memudahkan pelanggan untuk membeli model terpakai Volvo yang sudah diperiksa. SISMA Auto pula merupakan pusat kereta terpakai Volvo Selekt yang telah diperiksa pertama di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang membeli sebuah kereta terpakai Volvo akan mendapat manfaat kerana boleh menukar kereta mereka di pusat berkenaan menggunakan teknologi sedia ada. Ia membolehkan pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui satu proses digital sepenuhnya tanpa memerlukan pihak ketiga.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan myTukar Sdn. Bhd., Jeffrey Ong berkata, kolaborasi dengan SISMA Auto SELEKT akan menggabungkan fungsi pembelian sebuah kereta baharu atau terpakai Volvo dan menjual kereta sedia ada pelanggan. Ini untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang mudah, selamat, telus dan pantas.

Tambah beliau, visi myTukar adalah untuk merancakkan kembali industri automotif Malaysia menerusi platform teknologi. Selain itu, myTukar juga akan bekerjasama rapat dengan SISMA Auto dalam menjalankan kempen di bilik-bilik pameran dan siri jelajah.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Pengurus Jualan SISMA Auto Sdn. Bhd., Gary Gladwin Pereira pula berkata, dengan program pra-pemilikan SELEKT yang pertama di Malaysia, phaknya komited dalam memastikan pengalaman semua pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Volvo adalah lancar dan premium. Ini termasuklah memudahkan urusan pelanggan untuk menjual kereta mereka menerusi kerjasama dengan myTukar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program SISMA Auto SELEKT atau ingin melihat kereta Volvo idaman anda, sila kunjungi SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center di 21, Jln Perintis U1/52, Temasya Industrial Park, Shah Alam atau hubungi talian 603-55698311. Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, sila kunjungi SISMA Auto Bukit Bintang atau hubungi talian 603-21665155.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply