ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perluas rangkaian pengurusan kereta terpakai

Berita Tempatan

Views

Pertumbuhan jualan kereta terpakai telah meningkat 100 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020 menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Ia suatu yang tidak dijangka kerana sebelum ini jualan kereta terpakai telah ‘sendu’ sejak beberapa tahun lalu.

Proton melihat peluang ini dengan memperkenalkan jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) yang telah ditubuhkan sejak 2019. Lapan pusat jualan yang terletak di beberapa lokasi di pengedar telah dijadikan sebagai projek perintis dan beberapa bulan awal digunakan untuk menetapkan prosedur operasi serta melatih pemeriksa kereta-kereta terpakai yang akan menguruskan transaksi di setiap pusat jualan.

Pada tahun 2020, Proton menyasarkan untuk mewujudkan operasi di 36 cawangan 3S/4S seluruh negara. Menurut Ketua Pengurusan Kereta Terpakai Proton, Brian Cheah, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting di mana syarikat akan membantu pelanggan yang ingin menukar ganti kereta terpakai mereka.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Syarikat juga memperkenalkan program Proton Xchange bagi menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu. Ia bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah jualan bagi pusat jualan yang mempunyai perkhidmatan UCM.

Kereta yang dijual oleh UCM akan dipasarkan di bawah program Proton Certified Pre-Owned (PCPO), di mana semua kenderaan PCPO akan menjalani pemeriksaan 201 titik yang komprehensif dan dijamin tidak pernah mengalami banjir atau kerosakan struktur akibat kemalangan teruk.

Ia didatangkan dengan jaminan lanjutan selama 1 tahun meliputi enjin dan transmisi serta layak mendapat servis percuma sebanyak sekali (minyak enjin dan penapis minyak sahaja), sehingga 6 bulan dari tarikh kereta tersebut didaftarkan. Tambah Cheah, satu portal kereta terpakai Proton akan diwujudkan sebagai platform jualan dalam talian.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Menurut Pengarah Urusan LHM One Stop Car Service Center, Ryan Lai, pihaknya telah memulakan program UCM ini pada bulan Oktober 2019 dan kini mereka berpeluang untuk menawarkan nilai tukar beli yang kompetitif untuk kereta Proton terpakai.

Pengarah Urusan Atiara Johan, Judith Yam pula berkata, syarikatnya dipilih menjadi pusat UCM Proton pertama pada bulan Jun 2019. Sejak diperkenalkan, program ini telah banyak meningkatkan jualan mereka melalui penawaran insentif khas untuk pelanggan yang merupakan pemilik Proton sedia ada.

Tambah beliau, sehingga kini, syarikatnya telah mencatat lebih daripada 130 jualan tukar beli dan pelanggan turut menyatakan kepuasan mereka yang dilihat sebagai nilai tambahan bagi perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan mereka membeli kereta Proton baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply