ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi hanyut ditemui, identiti kedua-dua mangsa sudah dikenal pasti

Berita Tempatan

Views

Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang semalam ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama, sudah dikenal pasti.

Sinar Harian melaporkan, pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi tadi.

Katanya, pada jam 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa.

Bagaimanapun, Agustavia berkata, mangsa belum dapat dikeluarkan dan usaha untuk melakukan operasi itu sedang dilakukan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan sebuah kenderaan didapati melintas sebuah jambatan yang dinaiki air namun hanyut selepas dibawa arus deras.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply