ARKIB

KATEGORI

Tular

Insiden Myvi hanyut – Bomba masih belum menemui kereta atau mangsa

Berita Tempatan

Views

Tiada sebarang laporan penemuan mangsa atau kereta membabitkan insiden Perodua Myvi yang hanyut di Sungai Kionsom, Jalan Kionsom Lama, Inanam, petang semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata setakat jam 9 malam tadi, pihak bomba belum menemui kereta atau mangsa.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan namun pasukan bomba berdepan kesukaran berikutan keadaan arus sungai yang masih deras.

Pihak bomba juga sudah menghubungi anak mangsa yang mengesahkan mangsa atau kenderaan berkenaan belum ditemui. Pasukan operasi bomba yang menjalankan operasi di sungai berkenaan juga melaporkan tiada sebarang penemuan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, sebuah Perodua Myvi dilaporkan hanyut ketika cuba melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama, di Inanam.

Dalam kejadian itu, kenderaan berkenaan yang didakwa dinaiki oleh dua individu itu cuba melepasi jambatan berkenaan namun gagal selepas terjatuh ke dalam sungai disebabkan arus sungai yang deras.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply