ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak tahu lebih lanjut tentang X70 2020? Jom bersembang dengan Proton di WhatsApp

Berita Tempatan

Views

Bosan duduk di rumah sebab tiada teman nak bersembang? Nak cari informasi lebih terperinci mengenai model X70 2020? Anda kini boleh berbuat demikian kerana Proton telah melancarkan botsembang (chatbot) di WhatsApp. Ia merupakan alat interaktif dan menarik yang bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai butiran, promosi dan ciri-ciri model SUV tersebut.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Selain itu ia merupakan kaedah alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai X70 2020 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Bagaimana nak bersembang dengan Proton di WhatsApp?

Pengguna perlu ketik pautan https://bit.ly/HiProtonX70, dan mereka akan disambungkan terus dengan botsembang dan akan diminta untuk menekan butang “Send” untuk bermula. Mereka akan menerima teks dari Proton yang memaparkan pelbagai pilihan untuk informasi terkini mengenai X70 2020.

Antara pilihan adalah, varian dan harga, spesifikasi, tawaran jualan, tawaran tukar-beli, pembiayaan Proton dan daftarkan minat. Anda sebenarnya tidak perlu mengajukan soalan pada botsembang ini, sebaliknya hanya perlu membalas dalam bentuk nombor untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai topik yang sepadan.

Cubalah!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply