ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pahang bakal lancar bazar Ramadan secara atas talian

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Kerajaan Negeri Pahang membuat keputusan tidak membenarkan penganjuran Bazar Ramadan di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih melanda negara dan mengancam kesihatan rakyat.

Katanya, keputusan itu juga sebagai menyahut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak menggalakkan sebarang perhimpunan membabitkan orang ramai dalam tempoh enam bulan hingga setahun tanpa mengira sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau tidak.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Jelas beliau, sebanyak 94 lokasi penganjuran bazar Ramadan di seluruh negeri yang membabitkan 4,639 peniaga berdasarkan statistik pada penganjuran bazar Ramadan tahun lalu, tidak akan diadakan. Umat Islam di Malaysia dijangka memulakan ibadah puasa pada 24 April ini.

Mengambil berat kesukaran yang bakal dihadapi peniaga bazar Ramadan dan rakyat, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri meminta pihak pengurusan aplikasi PahangGo supaya dapat menawarkan perkhidmatan dalam talian. Katanya, perkhidmatan itu bagi memudahkan peniaga untuk terus meraih sumber pendapatan hasil daripada pesanan makanan yang dibuat untuk juadah berbuka puasa.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan platform pasar raya atas talian atau portal dikenali ‘PahangMart’ yang akan memaparkan senarai pasar raya yang beroperasi di negeri ini beserta barangan jualan mereka.

Senarai tapak bazar Ramadan turut dipaparkan serta gerai jualan dan pengguna boleh melihat gambar juadah yang disediakan lalu membuat tempahan menerusi PahangGo iaitu pihak yang bertangungjawab membina portal PahangMart ini juga akan menyediakan platform penghantaran.

Wan Rosdy turut menyeru rakyat Pahang yang berminat untuk mendaftar sebagai penghantar, boleh menghubungi PahangGo menerusi laman sosial untuk mendapatkan maklumat. Katanya, inisiatif tersebut diharap dapat membantu bukan sahaja rakyat untuk membeli juadah bazar Ramadan dan barangan keperluan harian lain, malah boleh membantu peniaga dan penjaja kecil untuk terus berniaga dalam tempoh yang sukar ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply