ARKIB

KATEGORI

Buletin

Madoka Chujo jadi wanita pertama dilantik Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan pelantikan Madoka Chujo sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi menggantikan Toichi Ishiyama. Lebih membanggakan, Madoka Chujo juga adalah wanita pertama yang dilantik menerajui syarikat itu di negara ini.

Beliau secara rasminya telah memulakan tugasnya pada 1 April 2021 dan sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden di Honda Canada Inc., yang berperanan menyusun strategi bagi jualan dan pemasaran syarikat sejak 2019. Karier Chujo bermula di Honda sejak 23 tahun yang lalu pada 1997 dan sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menjawat pelbagai jawatan di Jepun, China, Sepanyol dan Kanada.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Kepakaran beliau adalah dalam Strategi Pemasaran semasa perkhidmatannya di beberapa buah negara. Mengulas mengenai peranan baharunya, Chujo berkata Malaysia merupakan pasaran paling penting di rantau Asia dan Oceania yang telah mencatatkan pelbagai pencapaian cemerlang dan menjadi salah satu daripada jenama automotif terunggul dalam negara.

Chujo menggantikan Ishiyama yang menyertai Honda Malaysia pada November 2017 dan pelancaran pertamanya di negara ini adalah Kereta Pengeluaran Terpantas Di Dunia (FWD), Civic Type R. Selama perkhidmatan beliau, Ishiyama turut melancarkan pelbagai model antaranya generasi kelima City dan juga pengenalan global varian City RS e:HEV pada bulan Oktober 2020.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Selain itu, beliau turut melancarkan inisiatif Honda e:TECHNOLOGY yang buat pertama kalinya diperkenalkan di rantau Asia dan Oceania. Selama tiga tahun, Ishiyama menerajui Honda Malaysia untuk mencatatkan 900,000 unit jualan pada 2019 selain mengekalkan kedudukan sebagai Jenama Kereta Bukan-Nasional No. 1 buat tahun keenam berturut-turut pada 2020.

Dalam masa yang sama beliau turut menerajui syarikat untuk meraikan pencapaian jualan kesejuta unit pada bulan lalu. Pencapaian ini amat bermakna buat beliau kerana terpaksa menerajui syarikat ketiga menempuhi masa yang sangat sukar akibat pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu. Beliau telah kembali ke Jepun untuk menggalas tugas baharu dalam Perniagaan Automobil, Bahagian Strategi Perniagaan, Honda Motor Co., Ltd., Jepun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply