ARKIB

KATEGORI

Buletin

Negara daif tapi Raja Swaziland belanja isteri dan anak kereta mewah

Berita Global

Views

Meskipun negaranya berada dalam kemiskinan, baru-baru ini, Raja Mswati III dari negara Eswatini (Swaziland) dilaporkan telah membeli beberapa buah kereta mewah untuk dihadiahkan kepada isteri-isteri dan anak-anaknya.

Menurut laporan TimesLive, kereta-kereta mewah ini dikatakan untuk kegunaan 15 orang isteri dan 23 orang anaknya dan perkara tersebut telah disahkan oleh Wandile Dludlu, setiausaha agung Pudemo (Pergerakan Demokratik Rakyat Bersatu) yang merupakan sebuah parti pembangkang.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Kata Dludlu, awal November lalu, sejumlah 19 buah kereta jenama Rolls-Royce telah dihantar ke Swaziland untuk kegunaan eksklusif raja tersebut, ibu dan isteri-isterinya. Tambah Dludlu, perbuatan ini menunjukkan keangkuhan raja tersebut secara terang-terangan dan beliau langsung tidak mengendahkan perasaan orang-orang miskin di negara itu.

Sebuah SUV mewah Cullinan kustom yang khusus untuk kegunaan raja tersebut turut termasuk dalam jumlah kenderaan Rolls-Royce yang dihantar ke sana. Bukan itu sahaja, King Mswati III dikatakan telah menempah sebanyak 120 unit BMW. Menurut laporan sumber lain, beberapa unit  BMW 540 sedan berwarna biru dan putih serta model SUV X3 turut dihantar ke negara tersebut.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Raja tersebut merupakan sememangnya penggemar kenderaan buatan Jerman dan setakat ini beliau telah memilik 20 buah Mercedes-Maybach S600 Pullman, sebuah Maybach 62 dan BMW X6. Beliau juga menambah koleksi kapal terbang dengan membeli sebuah lagi jet peribadi sempena ulangtahun ke-50nya tahun lalu yang berharga 13.2 juta dolar.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada kereta tersebut telah dibeli secara terus dari BMW Group yang merupakan syarikat induk Rolls-Royce atau mereka membelinya menerusi orang tengah. Dalam kes yang lain, awal tahun ini, satu siasatan mendedahkan Daimler tidak tahu bagaimana pemerintah Korea Utara Kim Jong-un boleh membeli beberapa kereta Mercedes-Benz kalis peluru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply