ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto Mitsubishi Mirage dan Attrage facelift bocor

Foto Intipan

Views

Nampaknya beberapa foto Mitsubishi Mirage dan Attrage facelift mula bertebaran di laman maya lebih awal sebelum pelancaran rasminya yang bakal dibuat di Thailand tidak lama lagi. Dalam artikel terdahulu, Mitsubishi Mirage facelift yang sedang melakukan penggambaran iklan telah berjaya dikesan tanpa sebarang penyamaran di negara tersebut baru-baru ini.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Menerusi foto-foto tersebut, kita boleh melihat dengan lebih jelas apa perubahan yang dilakukan oleh Mitsubishi pada kedua-dua model cilik ini. Paling ketara adalah wajah baharu yang menampilkan rekaan jeriji ‘Dynamic Shield’. Bentuk lampu depan yang kini lebih tajam dengan rekaan bertakuk nampak sesuai dengan wajah baharu ini dan berjaya menjadikan kedua-dua model itu nampak lebih garang.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Di belakang, bentuk luar lampu masih kekal sama namun ada perubahan pada susun atur lampu yang nampak lebih kemas berbanding sebelumnya. Bampar belakang menampilkan rekaan yang lebih ringkas dan kelihatan lebih sporty. Ruang kabinnya pula hampir sama dengan model terdahulu dan buat masa ini tidak dipastikan apa yang berubah di bahagian dalam.

Mitsubishi bakal memperkenalkan kedua-dua model facelift ini secara serentak di Motor Expo 2019 bulan depan. Kedua-dua model ini akan berada dalam kategori Kereta Eco Thailand Fasa 2 dan bakal dijana oleh enjin 1.2 liter tiga-silinder yang digandingkan dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply