ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan 370Z Coupe terbabas rempuh Perodua Myvi

Berita Tempatan

Views

Dua buah kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.9 Jalan Genting Highlands di Genting Highlands pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kereta model Nissan 370Z Coupe dan Perodua Myvi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Nissan dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun dari Goh Tong Jaya melalui jalan naik ke Genting.

Menurutnya, apabila tiba di selekoh kiri, kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan serta melanggar bahagian hadapan sebelah kanan Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan pihaknya memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian ini tampil untuk membantu siasatan. Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, sebuah klip video tular berdurasi 42 saat dimuat naik di laman Facebook, Nitro OBD2 Original Malaysia memaparkan suara seorang lelaki memarahi lelaki lain dipercayai pemandu Nissan terbabit.

“Lu sudah lumba, lu langgar kereta member gua, tak ada sorry, sorry,” ujar lelaki terbabit. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Balai Bomba Dan Penyelamat Genting Highlands

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply