ARKIB

KATEGORI

Buletin

Seorang suspek kes samun maut dirempuh Toyota Vios, dua lagi masih lolos

Berita Tempatan

Views

Cubaan tiga lelaki menyamun sebuah kenderaan membawa padah apabila seorang daripada mereka meninggal dunia akibat dilanggar pemandu kereta terbabit dalam kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah, di Kuala Kedah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki itu sedang menaiki keretanya semasa cuba disamun tiga lelaki yang menaiki dua motosikal kira-kira jam 6.39 pagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, salah seorang suspek telah memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

Akibat ketakutan, pengadu terus memecut keretanya dan semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Suspek berusia 29 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakan suspek telah melarikan diri.

Beliau memaklumkan, usaha untuk mengesan saksi dan suspek yang berjaya melarikan diri sedang giat dijalankan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tambah Ahmad Shukri, kes disiasat bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan ke atas pemandu kereta dan Seksyen 393 Kanun Keseksaaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SYS Smart Legacy

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply