ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nombor plat khas EV bakal diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan bercadang untuk memperkenalkan nombor plat khas bagi kenderaan elektrik (EV). Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan itu bertujuan untuk membezakan kenderaan biasa dengan EV.

Katanya, dari aspek keselamatan sekiranya berlaku kemalangan cara pengendalian kereta tersebut memang berlainan dari yang lain. Umpamanya jika berlaku kebakaran.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

EV tidak boleh disembur air sahaja kerana bomba ada prosedur operasi standard mereka sendiri. Beliau berkata demikian ketika ditemui di pelancaran Pusat Khidmat 4S di Seremban, hari ini.

Tambahnya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak mengetahui sama ada kenderaan itu EV atau jenis biasa kerana secara fizikal luarannya terlihat sama sahaja.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pihaknya mahu perkenalkan nombor plat ini supaya ia dapat dibezakan dan pada ketika ini mengikut kaedah akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memang ada formula pengiraan untuk EV yang menggunakan pengiraan mengikut watt.

Jadi dari segi pengiraan itu untuk EV pada ketika ini memang lebih mahal daripada kereta-kereta biasa yang menggunakan cc (kapasiti enjin).

Ujarnya, keputusan pihaknya ialah untuk mengkaji semula kadar itu agar menjadi lebih murah berbanding dengan kereta-kereta biasa bagi menggalakkan penggunaannya dalam kalangan pengguna. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply