ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia rasmi pembukaan Pusat 4S baharu Butterworth dan Seremban

Berita Tempatan

Views

GWM Malaysia merasmikan pembukaan dua Pusat 4S baharu yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang dan Seremban, Negeri Sembilan. Pusat 4S baharu ini dikendalikan oleh CS Euro Auto Sdn Bhd dan Seremban Victory Credit Sdn Bhd.

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook turut hadir untuk merasmikan majlis pembukaan Seremban Victory Credit Sdn Bhd.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata, pembukaan Pusat 4S di Seremban merupakan langkah yang penting dalam memenuhi keperluan orang ramai yang berpindah dari bandar ke kawasan pinggir bandar.

YB Anthony Loke baru-baru ini menyebut bahawa struktur cukai yang dicadangkan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai agar menerima kenderaan elektrik (EV).

Beliau turut mengakui kebimbangannya berhubung potensi kenaikan cukai jalan untuk EV selepas dasar pengecualian semasa tamat pada 2025.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

GWM, Pulau Pinang berkeluasan 25,000 kaki persegi memiliki enam ruang servis, ruang pameran yang mempamerkan 5 buah kenderaan dan dikendalikan oleh 17 orang kakitangan.

GWM, Seremban pula berkeluasan 11,000 kaki persegi memiliki empat ruang servis, ruang pameran yang mempamerkan 5 buah kenderaan dan dikendalikan oleh 12 orang kakitangan.

Selain itu, kedua-dua turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti internet, bilik mesyuarat, ruang santai terbuka, ruang bermain dan kopi dan snek percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply