ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nombor plat siri khas UKM boleh dibida secara atas talian bermula 8 Januari 2020

Berita Tempatan

Views

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi universiti pertama yang berjaya membangunkan sebuah sistem bidaan atas talian khas bagi penjualan plat kenderaan bersesuaian dengan syarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam proses penjualan nombor plat secara telus dan cekap.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Sistem yang diberi nama UBIDA (sistem bidaan universiti) bakal memberikan pengalaman bidaan yang setaraf dengan JPJeBid, yang terkini dan lengkap dengan proses pembayaran atas talian dan membantu pembida untuk membuat bayaran talian secara selamat dan terkawal.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Universiti tersebut juga akan membuka jualan nombor plat kenderaan siri khas iaitu ‘UKM’ bermula pada 8 Januari 2020 dan ianya dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Menteri Pengangkutan Malaysia YB Loke Siew Fook baru-baru ini, telah dijemput untuk merasmikan Majlis Pelancaran Kenderaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2020 sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhanya pada tahun hadapan di Kampus Induk, UKM Bangi, Selangor.

Turut hadir adalah YBhg. Datuk Sri Shaharuddin bin Khalid, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Prof. Dr. Mohd Chairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia dan Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply