ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengangkutan awam akan ditambah baik hasil penjimatan subsidi petrol – Saifuddin Nasution

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sebahagian penjimatan daripada program subsidi petrol bersasar boleh digunakan bagi menambahbaik serta menyediakan pengangkutan awam di kawasan luar bandar dan separuh bandar.

Ini bagi memastikan semua lapisan masyarakat meraih manfaat daripada subsidi pengangkutan kerajaan. Beliau bersetuju pandangan Dr Muhammed Abdul Khalid (Penasihat Ekonomi Perdana Menteri) bahawa pengangkutan awam di kawasan luar bandar harus diberi lebih perhatian.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Muhammed berdasarkan pemerhatian beliau bahawa program subsidi petrol sebelum ini tidak memanfaatkan semua golongan dalam kumpulan B40. Dr Muhammed berkata, kerajaan dinasihatkan supaya tidak membelanjakan wang awam untuk mengurang atau menghapuskan tol dan memberi subsidi petrol kerana beliau percaya inisiatif itu tidak akan memberi manfaat kepada semua dalam kumpulan B40.

Bagi Dr Muhammed, wang negara itu perlu diperuntukkan untuk menyedia dan meningkatkan pengangkutan awam di kawasan luar bandar, kerana ini akan membantu lebih ramai rakyat miskin. Saifuddin berkata, menerusi Belanjawan 2020, pengangkutan awam di kawasan luar bandar dan separuh bandar juga diberi perhatian dengan peruntukan subsidi kepada pengusaha bas bagi menyokong sambungan ‘last-mile’.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Sementara itu, beliau berkata, asas di sebalik program subsidi petrol bersasar yang dibangunkan KPDNHEP adalah berdasarkan prinsip pengagihan semula yang saksama. Katanya, program subsidi petrol bersasar mengelak ketirisan dengan menyelamatkan peruntukan subsidi pengangkutan daripada diberi kepada penyeludup petrol, warga asing dan golongan T20 yang menggunakan kenderaan dengan kapasiti enjin serta tangki minyak besar.

Tambahnya, pada masa sama penerima subsidi petrol daripada golongan B40 dan M40 sedia ada terus dilindungi melalui pemberian subsidi petrol kepada mereka menggunakan kaedah yang lebih bersasar. Kos yang diselamatkan itu pula dapat digunakan untuk pelbagai inisiatif yang memanfaatkan golongan memerlukan.

Jelas beliau, seperti yang sedia maklum, peruntukan untuk subsidi dan bantuan sosial dalam Belanjawan 2020 telah ditingkatkan daripada RM22.3 bilion untuk 2019 kepada RM24.2 bilion. Ini termasuk penambahan bantuan kebajikan seperti peningkatan elaun anggota bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pelatih Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta suntikan vaksin pneumokokal secara percuma yang sebelum ini hanya mampu dibeli oleh golongan berada,.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply